Krisis dan Persedian

Krisis pertama saya, ialah 1998 Asian Financial Crisis. Masa ni, kesan kepada saya, tak dapat “fly” untuk melanjutkan pelajaran keluar negara disebabkan pertukaran matawang yang sangat tinggi. Keputusan telah dibuat, dan saya menyambung pengajian di universiti tempatan.

Krisis kedua, 2008 Global Financial Crisis. Saya dah mula 2nd job di Kuala Lumpur, dengan sebuah syarikat kejuruteraan berpusat di Colorado. Syarikat melaksanakan workforce downsizing dan menjual kepentingan di Malaysia kepada local partner. Masa ni ada sikit terkesan, dan jiwa mula kacau sebab position mula tak “secure”. Saya bertindak untuk daftarkan sebuah perniagaan, dalam bidang yang sama – kejuruteraan, dan hobi saya – sukan recreation/outdoor. Sambil tu, keterlibatan saya dalam bidang hartanah dipergiatkan untuk capai naikkan pendapatan sewa lebih cepat. Tak boleh dah “pelan-pelan kayuh”. Local partner teruskan bisnes dan saya diterima untuk bekerja dengan entiti yang baru.

Krisis ketiga 2014, kesan global oil crisis. Kejatuhan harga minyak mendadak dari $140 ke paras terendah $20. Saya telah pun pada 3rd job dalam bidang engineering dalam sektor oil & gas. Syarikat kontraktor besar dari luar negara. Sangat terkejut bila syarikat buat program retrenchment, tapi secara mental, saya dah bersedia. Saya agak lega kerana syarikat menawarkan pampasan yang agak baik. Rezeki saya, TIDAK DIPILIH untuk retrenchment. Masih ada masa untuk terus bina bisnes saya. Dalam nafas lega, hati tetap pilu melihat rakan-rakan yang tak ada perancangan atau “backup plan”, ada yang menangis mengenangkan nasib diri dan keluarga.

Proses retrenchment 2014 benar-benar memberi kesan kepada saya. Saya nekad perlu lakukan sesuatu dengan lebih drastik. Saya sangat yakin, krisis akan berulang lagi. Saya tingkatkan pembacaan dan pemahaman berkaitan dengan ekonomi dan krisis. Saya sangat yakin krisis seterusnya akan berlaku lagi, tunggu masa aje. Saya bertindak upgrade diri dalam bidang pilihan saya, dan terus fokus bina pengalaman, banyak kali gagal tapi tetap fokus. Komited dengan guru, dan pencarian ilmu DAN pengalaman. Ingat, ilmu aje tanpa praktikal – tak berguna, praktikal tanpa ilmu – membazir masa. Selepas balik dari kerja, saya fokus membina perniagaan saya, sekurang kurangnya 3 jam setiap hari pada waktu malam. Keluarga terpaksa berkorban masa. Ekonomi akan pulih semula setiap kali krisis dan maju lebih hebat berbanding sebelum krisis. Prospek, realiti baru, peluang baru akan menjelma. Jika anda telah bersedia, berkemungkinan besar anda akan berjaya.

Krisis keempat, 2020 Wabak COVID-19. Saya sudah berhenti kerja dalam bidang Oil & Gas, dan fokus berniaga. Krisis yang yang dinantikan telah tiba, tapi dalam bentuk yang sangat berbeza. Saya sangat bersyukur dengan pengalaman yang dibina atas tindakan nekad bermula 2014 membuahkan hasil. Perniagaan agak stabil dan aset-aset yang saya kumpulkan dengan cara berjimat perbelanjaan dan simpan duit gaji dulu kini menampakkan hasil. Aset tersebut banyak membantu ketika perniagaan jatuh.

Berbelanja dengan berpada-pada, dan fokus long term gain. Fikirkan target anda 10 tahun ke depan, rancang dan bertindak ikut rancangan anda untuk capai nya.

Anda mesti fokus bina sekurang – kurangnya satu pendapatan tambahan. Bila lagi nak mulakan kalau bukan sekarang? Jangan banyak alasan. Lihat sekeliling anda dengan mata lebah, bukan mata lalat, Insya Allah anda akan landing atas bunga, bukan atas sampah. Krisis seterusnya akan tiba. Tapi, buat masa sekarang – fokus untuk survive, dan stabilkan pendapatan anda. Jangan takut dengan kegagalan. Kegagalan sebenarnya adalah suatu proses bina diri. Mulakan bisnes yang low risk, dengan modal yang rendah. Contohnya jadi real estate negotiator, jual makanan, buka warung, atau jadi ejen-ejen / dropship yang lain. Ada terfikir ke “aku tak pandai jual rumah”, “aku tak reti masak”, atau “aku takde modal”..? Jika fikir begitu, anda sedang guna mata lalat.

Tukar mata anda ke mata lebah. Kalau anda tak pandai jual rumah, pegi belajar jual rumah. Tak pandai masak, pegi belajar memasak, tak pandai menjual, pegi belajar menjual. Jika nak berjaya, Jangan sambung lagi alasan, dan jangan salahkan orang lain. Fokus kepada tindakan.

Jangan lupa sentiasa upgrade ilmu anda berkaitan dengan bisnes dan marketing, dan teruskan bina network anda. “Your network is your Net Worth”.

Semoga anda yang terkesan dengan krisis kali ni akan terus survive. Berenti lah menangis, lap air mata anda, dan bangkit untuk jadi lebih hebat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *