Ketakutan dan Impian
Sapa pernah mengalami perasaan takut untuk mulakan sesuatu yang baru?
Fear, atau ketakutan tu adalah sebuah emosi. Ia terprogram dalam diri kita untuk menyelamatkan diri dari sesuatu yang kita anggap ancaman. JANGAN BIARKAN “FEAR” MEMBUNUH IMPIAN ANDA! Macam mana caranya untuk atasi ketakutan ni? Saya nak kongsikan 5 cara ni.
1. Fahami “fear” itu hanya sebuah emosi. Anda yang menguruskan emosi anda, bukan sebaliknya. “Fear” ni, biasanya tak logik. “Takut tak sempat”, “takut takde masa”, “takut dia marah”, “takut kena reject”. Padahal, ada je masa nak tengok facebook, berani je anda tegur budak yang nakal, berani je anda berkata/mengutuk orang kat IG dan FB. Hah, nampak tak? “Fear” tu sebenarnya diri anda sedang buat alasan untuk tak mencuba! Pandang alasan-alasan anda tu, dan ketawakan aje, cakap kat dia “lawak la ko nih..”
2. Fikirkan yang sebalik nya, yang bertentangan dengan ketakutan yang anda sedang fikirkan tu. “Fear” tu berkata kepada anda, “kalau kena reject, cemana?!” Anda jawab balik “kalau TAK KENA reject, cemana?!” Biasanya kita tak suka orang jawab camtu kat kita, kita akan blah. “Fear” kita tu pun sama. Jawab camtu banyak kali, dia akan fedap dan blah, tinggal kan anda. YEAYY! Anda menang!
3. Belajar fahami diri anda dan yakin dengan kemampuan diri. Jika anda yakin, takde apa yang boleh halang anda dari capai impian kecuali takdir. Jika anda ada sebuah impian, percaya lah ianya impian yang murni. Impian yang murni, dah tentu akan banyak rintangan dan halangan. “Fear” anda akan perbesarkan halangan-halangan ni untuk hentikan anda dari terus maju.
4. Doa – Usaha – Tawakal. Wajib mengikut turutan tu, bukan doa dan tawakal, lepas tu baru usaha. Atau usaha sahaja tanpa doa dan tawakal. Jika anda buat ni, anda takkan tinggalkan ruang untuk “fear” mangambil alih. Kata kunci disini ialah – Fokus – Fokus berdoa, fokus berusaha dan fokus tawakal.
5. Bertindak pantas. Jangan biarkan “fear” mengambil kesempatan untuk mengambil alih. Jangan tunggu. Peluang datang pada bila-bila masa, anda mesti bersedia. Peluang datang hinggap aje, kalau masa tu baru nak buka pasang perangkap melepas lah. Anda tangguh nak pasang perangkap sebab “penat”, “lambat lagi” “takut jatuh”, “dah terlambat” dan biasanya, yang paling best “aku tak reti”. Macam-macam lagi alasan yang “fear” anda duk bagi kepada anda.
Semoga anda berjaya menakluk “fear” anda, dan terus mengejar impian anda! ALL THE BEST!