Pengalaman Trading commodity (Crude Oil)
Saya pernah mencuba beberapa kali Trading crude oil, tetapi dengan keadaan pasaran yang bergerak pantas dan leverage yang tinggi, saya tidak mampu untuk menguasai nya dengan baik. Banyak loss dari untung.. Saya memang trade sorang-sorang. Takde group, tak ada mentor. Orang kata, memandai-mandai sendiri la ni..
Antara faktor yang saya kenal pasti yang menyumbang kepada kegagalan tersebut ialah:
- Leverage yang tinggi (1 tick 10 dolar)
- Overnight margin yang tinggi 5000 dolar
- Kurang kefahaman tentang perangai market
Tapi sekarang keadaan sedikit berbeza. Pasaran crude oil yang yang saya terlibat sekarang ni, telah memperkenalkan satu instrumen baru, iaitu Crude Oil Micro contract (MCL), dengan nilai 1 tick = 1 dolar, dan maintenance margin (overnight) sebanyak 500 dolar sahaja.
Kelajuan pergerakan market dah mula slow, agak sesuai dengan saya yang dah terbiasa trade saham kat Bursa Malaysia. Risk management pun lebih “ngam” dengan jiwa.
Asalnya loss hampir 2000 dolar (2x deposit semua hangus!), kini dah slowly recover 1300 dolar. Deposit terkini 1000 dolar (kena tolak 15 dolar fee re-activation – lama tak trade (undur diri bertapa dulu), saya mula dengan 975 dolar. Dalam tempoh lebih kurang 1 minggu, saya telah berjaya net profit 423 dolar. Gain lebih 40% seminggu! Saya sendiri pun tak percaya!
Keadaan sekarang nampaknya lebih sesuai dengan jiwa, tick size yang lebih kecik ni buatkan saya lebih tenang dan dapat kawal emosi dengan lebih baik. Kawalan emosi yang lebih baik, akan menghasilkan trade yang baik, tidak terburu buru dan berdisiplin.
Trader saham macam saya, biasa hold position yang baik untuk swing trade. Jadinya, dengan maintenance margin 500 dolar sahaja, saya boleh hold position dengan hati yang tenang.
Kalau kita nak buat Trading ni, yang paling utama – kita kena kenal dengan diri sendiri, TAK BOLEH ikut-ikut orang. Anda sendiri kena faham sebab dan signal entry exit anda, DAN risiko yang terlibat. Kena tau setiap kali entry – berapa potential loss anda, selain dari potential profits anda. Kalau tau target profit aje, tapi price level nak exit, tak tau kat mana, alamat hangus la akaun anda (sekali lagi..)
Masa permulaan trading, memang la terpaksa ikut orang. Jadi, dalam proses belajar ni, masuk kan modal yang anda sanggup loss (hangus semua) dan target la untuk belajar, bukan untuk terus profit. Kita akan buat banyak kesilapan, walaupun cikgu kita dah guide. Bagi peluang kat diri sendiri untuk belajar, jangan set target yang tak realistik, dan bebankan diri anda yang baru nak bertatih!
Saya harap korang yang baru nak try trading crude oil ni, faham lah risiko yang terlibat ye. Saya sendiri dah rugi 2000 dolar, tapi rezeki saya dapat mula cover loss tu dengan instrumen yang baru ni – tick size kecik dan maintenance margin yang rendah mampu hold overnight – menjadikan Trading crude oil lebih sesuai dengan saya sekarang.
Maybe lepas dah mahir, saya boleh upgrade ke contract mini, atau full contract pulak.. Insya Allah.. Masa tu mungkin boleh kawal emosi lebih baik. Fuh 1 tick = 10 dolar.. Wauuuu! Daily price movement puluh-puluh tick hingga ratusan tick jugak tu (ni faktor utama saya loss besar-besaran)..
Korang nampak tak? Kekurangan yang saya highlight tu kat atas tadi tu, takde sangkut paut dengan teknikal pun – bukan pasal trading plan, bukan pasal chart. Tapi pasal kawalan emosi!
Semoga post yang simple ni boleh bantu sikit sebanyak korang yang baru nak mula. Saya doakan korang berjaya. Saya mohon doa anda juga untuk saya…